ok i will not restricted my blog to be just in english..or just in malay..but at certain time, it will also be in a "rojak language".. bukan niat hendak merosakkan bahasa inggeris mahupun melayu, tapi aku rasa ianya lebih mudah begitu. terpulanglah kalau ada sesetengah pembaca kurang senang dengan keputusan yang aku ambil ini. tapi setiap pengunaan ayat akan aku teliti sebaik mungkin agar tidak mencemarkan bahasa.
lama juga aku tidak menulis, dari sebuah blog ke sebuah blog yang lain aku berpindah-randah. bukan ingin berlari jauh ataupun malas menulis. tapi aku mengaku kadangkala aku terasa diri ini tidak dapat memberi kata putus dalam sesuatu perbuatan yang aku lakukan..sukar untuk mencapai kepuasaan dalam sesuatu perkara atau benda. mungkin orang lihat itu sebagai hobi, tapi adakalanya aku rimas. namun dengan kelahiran blog yang serba baru pada nama dan bukan pada "layout"nya. aku mengambil ikhtibar untuk menjadikan ia blog yg terakhir buat diri ini.. sekiranya aku ingin menukarnya lagi, maka sampai disitu sahaja titik nota perjalanan hidupku dalam dunia "blogging".
andai aku punyai masa........
Labels: me and blog