Thursday, March 15, 2007
Sekeping hati

nah, ambil la benda ni. apa ni? ini adalah hati. hati aku. hati kau? hmm.. kenapa kau sudi kasi dekat aku? sebab kau dah jadi sebahagian dari aku. kau lebih dari seorang kawan.

terima kasih.... ianya bererti. aku terlalu menghargainya. oh ye ke... tapi maaf. untuk apa? sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. cuma sebahagian saja... maksud kau? aku pernah beri hati aku dekat orang lain juga dan aku tak pernah beri kesemuanya. aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri. mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.

ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri. mistik? kelakar bunyinya... Mungkin kelakar. tapi itu realitinya. ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. rentak perasaan orang yang aku beri. jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. tetapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. mungkin akan terus mati untuknya. ianya bukan satu benda yang percuma.

hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. insan yang istimewa. dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau. aku insan terpilih? ya, kau yang terpilih. hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. ianya terlalu sensitif. tetapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa. hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.

malahan ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. setiapnya terlalu mistik! cuma satu saja yang kau tak mengerti. sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. adakalanya, mengambil masa yang lama untuk itu. dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika... sehingga hatinya pulih seperti sediakala.

hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. ianya lahir atas satu kepercayaan. dari situ, wujudlah kasih sayang. jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.

jadi kesimpulannya..jagalah hati yg diberi itu sebaik mungkin... agar ia tak terluka..... sambil amati dan fahamilah lagu yang sedang diputarkan ini... kerana ianya sebuah gambaran yang benar-benar terjadi dalam hidup aku..


Labels:

 
Wednesday, March 14, 2007
SERONOK

kan sudah aku katakan jangan dimulakan.. kalau dimula nanti takut tiada hentinya..

berapa lama ya aku tidak menulis? sebulan, dua bulan, tiga bulan atau mungkin lebih dari itu.. mungkin semenjak aku mendirikan rumahtangga agaknya. maklum ajalah bila dah jadi isteri mestilah perhatian diberikan sepenuhnya pada keluarga, duduk melungsur internet bukan lagi agenda penting sangat dalam hidup aku sekarang kerana tugasan diluar membataskan aku untuk berseronok-seronok seperti dulu, duduk berchatting di YM atau MSN, berbalas-balas emel.. mungkin masih berkesempatan kerana setiap pagi sebelum memulakan tugasan aku akan menyemak semua emel dan membalas mana yang perlu tidak kiralah emel pejabat atau bukan. apatah lagi untuk duduk bercerita disini.. tapi insyaAllah kalau diberi waktu dan kesempatan aku akan kembali merancakkan blog ini dengan rempah ratus perihal kehidupan aku semenjak bergelar sang isteri..

seronok jadi isteri? sudah pastinya seronok kerana semua terurus dan lebih berdikari sekarang. belajar erti tanggungjawab, belajar dan terus belajar menjadi seorang isteri yang taat, setia, patuh, solehah dan penuh dengan kasih sayang, insyaAllah. kepada kehidupan yang dipilih ini, aku berdoa akan senantiasa diberkati oleh NYA. tetapi adakalanya rindu juga dengan kehidupan ketika solo. iyalah tiada yang ingin menghalang bila nak kemana-mana, tidak perlu meminta izin kecuali pada ibu bapa. kelonggaran yang diberi amat seronok sekali, tetapi setelah bersuami semua itu perlulah ditinggalkan.. walaupun si suami memang seseorang yang memahami kerana beliau memberi kelepasan kepada aku ke Kuala Lumpur bersama “megalovablefrens” (rakan-rakan wanita aku)..selama 4 hari..pada awal februari yang lalu, walaupun kami baru dua bulan bernikah.. tapi kelepasan yang diberi benar-benar aku hargai dan tidak aku menyalahgunakannya…..

Kerja bila lah engkau akan habis…????

Labels:

 
KEMBALI UNTUK YANG BAIK

siapa kata aku tak rindu menulis, siapa kata aku tak rindu berkata-kata apatah lagi dalam blog yang semakin usang ini.. rindu, memang rindu serindu rindunya menulis di alam maya. disinilah tempat yang menyaksikan kehidupan aku seharian, disini jugalah tempat aku mengadu suka dan duka dan disini jugalah tempat aku mencurahkan segala yang berada dalam lubuk sanubariku semenjak 3-4 tahun yang lalu.. tapi mungkin tidak sepenuhnya kerana ada juga yang perlu disimpan untuk tatapan diri sendiri..

tapi semenjak aku menjejakkan kaki ke alam rumahtangga, tanggungjawab aku terpaksa diberikan sepenuhnya pada si suami dan keluarga.. kerana sekarang merekalah perkara penting dalam kehidupan aku seharian selain tugasan aku dipejabat. kerja dipejabat usahlah diperkatakan lagi, setiap hari ada sahaja kerja yang perlu diselesaikan.. jikalau tiada sehelai kertas di atas meja, barangkali tidak senang hati ini.

bahasa melayu? kenapa? hmm entahlah tiba-tiba hati ini terasa ingin bercerita pula dalam bahasa melayu. bukan bosan dengan bahasa inggeris, cuma sekali-sekala itu perlulah juga menukar angin agar bahasa tak lapuk di hujan.

kenapa sekarang baru nak menulis? sebabnya aku teruja selepas membaca sebuah blog seorang teman yang sudah lama tak jumpa, jumpanya pun tak lama.. bukan tak mahu menulis kerana banyak yang ingin dikongsi bersama, banyak yang ingin dicerita, tapi setiap kali ‘sam’ dihidupkan.. melungsur internet, melayar dari suatu lelaman ke suatu lelaman yang aku rasa tidak perlu untuk dilawati. dari sebuah blog ke beberapa blog yang sememangnya selama ini tidak pernah aku lawati.. ada yang seronok dibaca, menyentuh perasaan dan berbagai lagi karenah mereka sehingga adakalanya terhibur hati ini.

tapi sifat ‘malas’ untuk ‘berblogging’ seringkali menghatui diri. sehinggakan adakalanya aku mengambil kata putus untuk padamkan sahaja ‘BLOG’ dalam kamus hidup aku kerana tiada apa yang perlu untuk aku ceritakan lagi kerana lebih banyaknya pengalaman pahit dari yang manis. adakalanya jari-jemari sibuk mencari skin yang baru, tapi temunya tiada. terfikir juga “takkan skin jer yang nak bertukar? tapi ceritanya tiada, apa gunanya.” benar juga apa yang dikatakan dan akhirnya ia tergantung bergitu sahaja tanpa tanda berhenti. lemas setiap kali cuba ingin menulis sesuatu, entahlah aku pun tak pasti mengapa. adakalanya terfikir juga ingin menukar ke blog yang baru, tapi sampai bila harus begitu.

akhirnya aku membuat keputusan… untuk membuka lembaran baru.. mulakanlah bercerita, mungkin semangat untuk menukar skin akan kembali seperti dulu. dan mungkin ia masih dapat untuk diperjuangkan.... dan mungkin dapat bertahan lebih lama lagi


atau mungkin setakat omongan kosong lagi.. haiz

Labels: