Thursday, October 19, 2006
RAMADAN BERLALU, SYAWAL MENJELMA

cepat sungguh masa berlalu, tak terasa hari ini sudah masuk hari ke 26 kita berpuasa. InsyaAllah lagi 4 hari kita akan menyambut syawal. bagaimana dengan ibadah puasa? bagaimana pula dengan persiapan raya? diharap ianya berjalan dengan lancar walaupun keadaan cuaca diluar sana tidak begitu memberangsangkan. tapi jangan pula ia dijadikan alasan untuk kita poteng puasa.

aku? Alhamdulillah, puasa tahun ini seperti tahun-tahun yang sudah. adatlah orang perempuan mesti ada hari yang tidak dibenarkan berpuasa. persiapan raya? Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan lancar, maklumlah tahun ini lebaran disambut secara sederhana tapi meriah, memandangkan keluarga aku lebih mengutamakan persiapan adik aku yang bongsu untuk menduduki peperiksaan O-Level seminggu selepas lebaran selain persiapan majlis pernikahan dan persandingan aku pada awal bulan disember ini.

pejam pelik, akhir tahun bakal muncul. hari bahagia yang dinanti pula semakin hampir. mungkin kerana terlalu sibuk dengan persiapan raya dan majlis kawin yang dilakukan secara serentak membuatkan aku terlalu sibuk untuk melakukan aktiviti yang lain. kini lebaran yang bakal tiba seperti biasa sibuk membuat kuih-muih untuk jamuan para tamu, sibuk mengemas dan sebagainya selain keluar membeli-belah untuk keperluan raya dan majlis perkahwinan aku.

kehidupan? macam biasa cuma agak ketat jadual kebelakangan ini. kadangkala rasa terganggu juga kesihatan ini tapi mujurlah tidaklah sampai memudaratkan diri. syukur aku mempunyai ibu bapa dan adik-adik yang cukup memahami diri ini. tidak lupa tunang yang seringkali memberi dorangan dan pertolongan..

proces membuat kuih masih lagi rancak dilakukan dan harap dapat diselesaikan kesemua kuih muih esok. proces mengemas rumah akan hanya dilakukan kami sekeluarga pada cuti hujung minggu ini. ramadan kali ini juga, aku berpeluang berbuka puasa bersama beberapa teman-teman rapatku, teman-teman yang terdiri dari para peminat SN, pakcik dan makcik serta kaum keluarga yang lain. seronok kan bila dapat bersama?

tiba-tiba perasaan rindu menyelubungi pada seorang yang sibuk berterbangan di awan biru.. nun jauh disana...bila kakak nak pulang????

Labels: