"tahun ini tak payahlah kita bertukar sangat, langsir lama masih boleh digunakan, carpet dan sebagainya baru ditukar raya tahun yang lepas." aku masih lagi ingat akan kata-kata babah beberapa hari sebelum puasa. "nanti dah lepas raya, sebulan sebelum majlis kakak, barulah kita cari cadar, langsir dan mengecat bilik pengantin yang baru" dalam hati terdetik. baguslah begitu, berjimat selagi boleh. bukan apa, babah aku ini memang suka berbelanja untuk keluarga lebih-lebih lagi untuk rumah sempena lebaran.
seminggu ramadan berlalu, masuk minggu yang kedua. dalam perjalanan berbuka diluar bersama abg, aku pun menelefon rumah. kenapa tidak ada sesiapa yang menjawab, terus jari laju menekan nombor mummy. "mummy, where are u?" cemas juga, yelah kebiasaannnya mummy akan menelefon aku kalau dia hendak keluar. "mummy dekat imm, babah nak cari meja solek dan "coffee table" untuk ruang tamu yang baru." aik bukan ke kata tak perlu beli apa-apa tahun ini?"
pulang ke rumah, mummy mengeluarkan receipt "minggu depan barangan ini akan dihantar ke rumah" memang sah lah, babah aku tak berniat apa yang dia maksudkan. selang beberapa hari babah menganjak kami sekeluarga ke ikea pula, kali ini beberapa barangan dibeli, lebih kurang beratus dolar juga dibelanjakan.. aku pun mengambil kesempatan membeli beberapa keperluan bilik.. terimakasih babah.
semalam kedua ibu bapa ku geylang serai buat entah yang keberapa kali, dibelinya mereka langsir dan bidai yang baru. disamping capal buat si kecil, anak angkat aku thaqif. comel. esok aku akan ke johor buat kali yang ke empat semenjak ramadan. baju-baju yang kami tempah untuk dijahit dah siap.
adakah kesesakan akan lebih terus esok.........
Labels: hari raya