Wednesday, March 14, 2007
KEMBALI UNTUK YANG BAIK

siapa kata aku tak rindu menulis, siapa kata aku tak rindu berkata-kata apatah lagi dalam blog yang semakin usang ini.. rindu, memang rindu serindu rindunya menulis di alam maya. disinilah tempat yang menyaksikan kehidupan aku seharian, disini jugalah tempat aku mengadu suka dan duka dan disini jugalah tempat aku mencurahkan segala yang berada dalam lubuk sanubariku semenjak 3-4 tahun yang lalu.. tapi mungkin tidak sepenuhnya kerana ada juga yang perlu disimpan untuk tatapan diri sendiri..

tapi semenjak aku menjejakkan kaki ke alam rumahtangga, tanggungjawab aku terpaksa diberikan sepenuhnya pada si suami dan keluarga.. kerana sekarang merekalah perkara penting dalam kehidupan aku seharian selain tugasan aku dipejabat. kerja dipejabat usahlah diperkatakan lagi, setiap hari ada sahaja kerja yang perlu diselesaikan.. jikalau tiada sehelai kertas di atas meja, barangkali tidak senang hati ini.

bahasa melayu? kenapa? hmm entahlah tiba-tiba hati ini terasa ingin bercerita pula dalam bahasa melayu. bukan bosan dengan bahasa inggeris, cuma sekali-sekala itu perlulah juga menukar angin agar bahasa tak lapuk di hujan.

kenapa sekarang baru nak menulis? sebabnya aku teruja selepas membaca sebuah blog seorang teman yang sudah lama tak jumpa, jumpanya pun tak lama.. bukan tak mahu menulis kerana banyak yang ingin dikongsi bersama, banyak yang ingin dicerita, tapi setiap kali ‘sam’ dihidupkan.. melungsur internet, melayar dari suatu lelaman ke suatu lelaman yang aku rasa tidak perlu untuk dilawati. dari sebuah blog ke beberapa blog yang sememangnya selama ini tidak pernah aku lawati.. ada yang seronok dibaca, menyentuh perasaan dan berbagai lagi karenah mereka sehingga adakalanya terhibur hati ini.

tapi sifat ‘malas’ untuk ‘berblogging’ seringkali menghatui diri. sehinggakan adakalanya aku mengambil kata putus untuk padamkan sahaja ‘BLOG’ dalam kamus hidup aku kerana tiada apa yang perlu untuk aku ceritakan lagi kerana lebih banyaknya pengalaman pahit dari yang manis. adakalanya jari-jemari sibuk mencari skin yang baru, tapi temunya tiada. terfikir juga “takkan skin jer yang nak bertukar? tapi ceritanya tiada, apa gunanya.” benar juga apa yang dikatakan dan akhirnya ia tergantung bergitu sahaja tanpa tanda berhenti. lemas setiap kali cuba ingin menulis sesuatu, entahlah aku pun tak pasti mengapa. adakalanya terfikir juga ingin menukar ke blog yang baru, tapi sampai bila harus begitu.

akhirnya aku membuat keputusan… untuk membuka lembaran baru.. mulakanlah bercerita, mungkin semangat untuk menukar skin akan kembali seperti dulu. dan mungkin ia masih dapat untuk diperjuangkan.... dan mungkin dapat bertahan lebih lama lagi


atau mungkin setakat omongan kosong lagi.. haiz

Labels: