Wednesday, March 14, 2007
SERONOK

kan sudah aku katakan jangan dimulakan.. kalau dimula nanti takut tiada hentinya..

berapa lama ya aku tidak menulis? sebulan, dua bulan, tiga bulan atau mungkin lebih dari itu.. mungkin semenjak aku mendirikan rumahtangga agaknya. maklum ajalah bila dah jadi isteri mestilah perhatian diberikan sepenuhnya pada keluarga, duduk melungsur internet bukan lagi agenda penting sangat dalam hidup aku sekarang kerana tugasan diluar membataskan aku untuk berseronok-seronok seperti dulu, duduk berchatting di YM atau MSN, berbalas-balas emel.. mungkin masih berkesempatan kerana setiap pagi sebelum memulakan tugasan aku akan menyemak semua emel dan membalas mana yang perlu tidak kiralah emel pejabat atau bukan. apatah lagi untuk duduk bercerita disini.. tapi insyaAllah kalau diberi waktu dan kesempatan aku akan kembali merancakkan blog ini dengan rempah ratus perihal kehidupan aku semenjak bergelar sang isteri..

seronok jadi isteri? sudah pastinya seronok kerana semua terurus dan lebih berdikari sekarang. belajar erti tanggungjawab, belajar dan terus belajar menjadi seorang isteri yang taat, setia, patuh, solehah dan penuh dengan kasih sayang, insyaAllah. kepada kehidupan yang dipilih ini, aku berdoa akan senantiasa diberkati oleh NYA. tetapi adakalanya rindu juga dengan kehidupan ketika solo. iyalah tiada yang ingin menghalang bila nak kemana-mana, tidak perlu meminta izin kecuali pada ibu bapa. kelonggaran yang diberi amat seronok sekali, tetapi setelah bersuami semua itu perlulah ditinggalkan.. walaupun si suami memang seseorang yang memahami kerana beliau memberi kelepasan kepada aku ke Kuala Lumpur bersama “megalovablefrens” (rakan-rakan wanita aku)..selama 4 hari..pada awal februari yang lalu, walaupun kami baru dua bulan bernikah.. tapi kelepasan yang diberi benar-benar aku hargai dan tidak aku menyalahgunakannya…..

Kerja bila lah engkau akan habis…????

Labels: